Friday, January 2, 2009

KEPUTUSAN MESYUARAT BIRO POLITIK PKR BERHUBUNG KES MANIKAVASGAM DAN JENABALA

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan mesyuarat pada malam 31 Disember 2008. Selain kes Sdr Manikavasagam dan Jenabala, yang mengugut hendak keluar parti, kami membincangkan lima perkara lain dalam Agenda. Antaranya ialah laporan mengenai Sarawak, pindaan perlembagaan parti dan kongres nasional khas yang bakal diadakan pada akhir bulan Februari.Mesyuarat mengambil perhatian tentang laporan meluas oleh sesetengah media yang dikuasai pemerintah tentang kes Manikavasagam khususnya. Dari laporan tersebut nyata sekali editor-editor media itu sama sekali tidak menghormati etika kewartawanan. Media mereka mengada-adakan hal yang tiada dan memutarbelit kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan, terutama PKR.Seperti yang diketahui, Manikavasagam tidak jadi keluar parti atau menarik diri sebagai Ahli Parlimen PKR. Beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor, iaitu jawatan yang dilantik oleh Pengerusi Perhubungan, TS Khalid Ibrahim. Ini cerita lama sebab sejak bulan September 2008 lagi beliau telah mengumumkan hasrat ini.Berita yang kononnya ahli India dalam PKR akan keluar beramai-ramai dari parti tidak berlaku. Mesyuarat yang ditaja oleh Jenabala itu gagal. Tidak ada pemimpin India dari PKR yang hadir. Bilangan wartawan yang berkumpul mengharapkan berita hangat dari mesyuarat tersebut lebih ramai dari ahli biasa yang menghadiri mesyuarat ini. Bukan saja Jenabala kecewa, bahkan wartawan pun kecewa. Dua minggu lalu Jenabala digugurkan dari jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha Agung kerana diisytiharkan bankrap.Kami mendapat tahu ada pihak dari Umno dan MIC yang menghubungi beberapa orang ahli India dalam PKR dengan tujuan buruk. Pihak ini memperalatkan media yang mereka kuasa untuk membesar-besarkan berita dusta. Sebagimana yang kami duga dari awal, pihak ini gagal. Untuk pengetahuan semua, Pakatan dan khususnya PKR terus kuat dan bersatu padu dengan mendapat sokongan majoriti dari semua kaum.
Dr Syed Husin AliTimbalan Presiden PKR

No comments:

Post a Comment