Wednesday, January 28, 2009

Lawatan ke Pasar Malam Bukit Gedung dan ziarah sekitar DUN Batu Maung


Ziarah ke rumah Sdr Yusmar- Pen Setiausaha Ang Muda Bayan Baru


Menziarahi guru pencen Sek Rendah Seri Permai yang lumpuh



Singgah di salah sebuah gerai di pasar malam tersebut


Beramah mesra dengan pengunjung pasar malam



Bertemu dengan Jawatankuasa Pengendali Pasar Malam keliahatan Sdr Zikri, Sdr Marzuki dan Sdr Izzudin terlindung


Pada 26 hb Jan 2009, YB Abdul Malik Kassim dan Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru Sdr Azrizal Tahir telah melakukan lawatan ke Pasar Malam Bukit Gedung. Lawatan tersebut disertai oleh Jawatankuasa JDM Bukit Gedung Sdr Aidifitri, Sdr Zaini, Sdr Sha'ari dan Sdr Izzudin. Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Bendahari Bahagian Bayan Baru Sdr Zikri Fazil dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Bayan Baru Sdr Marzuki Ahmad. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk bertemu dengan penduduk sekitar Bukit Gedung dan peniaga-peniaga di Pasar Malam tersebut. Program bermula pada jam 6.30pm berakhir pada jam 7.30pm. Selain dari pasar malam rombongan tersebut juga melawat ke Sekitar kawasan Astaka Bukit Gedung.
Selesai program tersebut rombongan telah ke Surau Bukit Gedung untuk Solat Maghrib dan menyampaikan sumbangan naskah al-quran serta terjemahan dan rak kepada Jawatankuasa Surau tersebut.
Rombongan juga berkesempatan menziarahi sepasang suami isteri yang lumpuh di Bukit Gedung dan kemudian menziarahi ke rumah Sdr Yusmar dimana kakak beliau baru sahaja keguguran kandungan yang berusia 7 bulan.
Program tamat kira-kira jam 9.00 malam.

Pemberian buah limau dan lawatan ke Pasar Kampung Naran Batu Maung - Malaysiakini













Pada 25 hb Jan 2009 YB ADUN Batu Maung - Hj Abd Malik Kassim bersama pasukan pusat khidmat beliau telah mengadakan lawatan ke Pasar Pagi Kampung Naran - Batu Maung. Lawatan tersebut di susuli dengan memberian buah limau kepada pengunjung pasar tersebut bersempena dengan perayaan Tahun baru Cina. Lawatan yang bermula pada jam 8.30pagi berakhir pada jam 10.00am. Kemudian disusuli dengan perjumpaan ramah mesra bersama dengan JKKK Kawasan Kampung Naran yang diketuai oleh Sdr Lim (Pengerusi JKKK) Pertemuan selam 30 minit itu banyak membincangkan isu berkaitan pembangunan sekitar Kampung Naran dan Batu Maung. Lawatan tersebut disertai oleh Sdr Chua Kheng Ee Ahli Majlis MPPP, Sdr Fauzi , Sdr Phlip dan Sdr Hashim PA Kepada YB ADUN, Sdr Lim serta Jawatankuasa JKKK Kg Naran dan Sdr Rizal Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru.

Saturday, January 24, 2009

Siasat pembunuhan Kugan Anathan - Kenyataan DSAI



KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur, 23hb Januari 2009 Siasat Kematian Kugan Ananthan Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan. Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya. Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.(tamat)

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat






Friday, January 23, 2009

KeADILan P Pinang gugur Mohd Fairus dari jawatan timbalan pengerusi


YB Mohd Fairus Digugurkan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri


Dato Zahrain Mohd Hashim - Kekal Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang



Mohd Fauzi- Kekal sebagai Pen Setiausaha Perhubungan Negeri


YB Tan Hock Leong Menggantikan YB Law Choo Kiang


PKR Pulau Pinang membuat rombakan drastik dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitTambun.

Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong.Bagaimanapun Mohd Fairus dilantik sebagai ahli jawatankuasa jemputan.Manakala Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri dan Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri.Jawatan ketua Pemuda PKR negeri yang kosong sebelum ini diisi ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengekalkan jawatan setiausaha perhubungan negeri, manakala Mohamed Fauzi Noordin kekal sebagai penolong setiausaha.Dua lagi penolong setiausaha merupakan muka baru iaitu, Lim Boo Chang dan M Nyanasegaran.Manakala Diong Chong Mee dilantik sebagai timbalan ketua Wanita negeri.Ketika dihubungi hari ini, Zahrain berkata, mesyuarat perhubungan negeri memutuskan bahawa semua exco kerajaan negeri dari PKR, tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri.Katanya, ia melibatkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan ketua penerangan.Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri."Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, perubahan drastik mencetuskan andaian bahawa ia ada kaitan dengan prestasi Mohd Fairus yang dikritik oleh banyak pihak, termasuk mendapat teguran ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mengulas mengenainya, Zahrain berkata ia tiada kaitan dengan isu tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata-mata."Saya tidak ada menerima aduan rasmi berhubung perkara itu," katanya.Beliau mengakui ia adalah keputusannya tetapi telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Anwar sendiri.

Thursday, January 15, 2009

Lawatan ke hospital Besar Pulau Pinang



Salam,

Semalam saya bersama rombongan pejabat YB Abdul Malek Kassim sempat menziarahi rakan yang terlantar di Hospital Besar Pulau Pinang. Rombongan disertai oleh saya bersama Sdr Hashim, Sdr Azrul dan Sdr Fauzi aka ABUYA. Kami sempat menziarahi Sdr Samsudin Sukiman, Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru juga merangkap Pengerusi JKKK Sungai Tiram. Sudah 4 hari di hospital, doktor masih gagal menemui punca kesakitan beliau dan menurut beberapa pengamal perubatan tradisional beliau telah terkena ibu santau, Nauzubillah. Beliau dalam keadaan ceria biarpun terlihat kesakitan pada wajah beliau. Sdr Samsudin atau lebih dikenali sebagai Din Koboi ditemani isteri beliau Pn Noriah. Beliau terlantar di Wad C 5.

Kemudian sempat juga rombongan kami menziarahi Sdr Ahmad Fazil, adik kepada Sdr Chasiman -S/Usaha PAS Caw Permatang Damar Laut. Beliau berada di wad A 3. Beliau mengalami gegaran di kepala akibat kemalangan dengan sebuah kereta. Rombongan juga menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dari YB And Malik kepada kedua-dua rakan kita.

Diharap rakan-rakan AMK Bahagian dan yang mengenali mereka berdua dapat ziarah dan memberi semangat kepada kedua-dua mereka.

Wednesday, January 14, 2009

Bolasepak 9 sebelah anjuran AMK Bukit Mertajam




Bagi yang berminat untuk menyertai….
Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Terbuka Anjuran AMK Bukit Mertajam
Tarikh :26.1.09 (Isnin)Masa: 8 pagi - 6 petangTempat: Padang Awam Cherok To’kun, Bukit Mertajam.
Hadiah2 seperti berikut :-1st Place: RM1,500.00 + Piala Iringan + Piala Pemain2nd Place: RM 1,000.00 + Piala Iringan + Piala Pemain3rd Place: RM 500.00 + Piala Pemain4rd Place: RM300.00 + Piala Pemain




Thursday, January 8, 2009

Bukti kezaliman Zionis- PALESTIN menangis lagi





















Insiden Bandar Mahkota Cheras- Mansuh Tol


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan bahawa polis bersalah kerana menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei 2008 tahun lalu. Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:
Suhakam: Polis bersalah lakukan kekerasan
Jan 7, 09 11:57am
Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.
Panel tersebut berpendapat berlaku kekerasan oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas seorang mekanik, Chang Jiun Haur (kiri) dan rakannya, Chan Siew Meng.
Chang mendakwa dia dipukul tanpa sebarang sebab oleh FRU dan seorang anggota polis pada malam berkenaan. Dia juga mendakwa polis menghalang keretanya dan memukulnya dan tiga penumpang lain.
Panel Suhakam itu hari ini bersetuju dengan Chang dan berkata penggunaan kekerasan yang melampau telah menjejaskan keselamatan mereka.
Bagaimanapun, panel itu berkata, ia tidak dapat mengenal pasti anggota yang bertanggungjawab melakukan kekerasan tersebut kerana “bukti yang bercanggah dan tidak jelas”.

Lawatan ke kawasan Sungai Ara

Bersama Sdr Amirulzaman Pengerusi JKKK Sungai Ara
Bertemu dengan Peniaga di Sekitar pasar Awam Sungai Ara

Bertanya khabar kepada pengundi kawasan Sg Ara


Melawat Kedai Pasar berdekatan dengan pasar awam Sungai Ara

Ahad 4 Jan 2008- YB Abdul Malik Kassim yang merupakan ADUN Batu Maung dan Exco Perdagangan / Hal Ehwal Pengguna bersama Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru Sdr Ahmad Azrizal yang juga pembantu Khas ADUN Batu Maung , serta Pengerusi JKKK Sungai Ara Sdr Amirulzaman bin Dato Ismail telah mengadakan lawatan ke Pasar Basah Sungai Ara. Rombongan ini juga disertai oleh beberapa pemimpin masyarakat Cina di sekitar kawasan Sungai Ara.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk meninjau projek pembaikan Jambatan merentangi Sungai Sg Ara yang telah siap diperbaiki. Pembaikan jambatan tersebut menelan belanja sebanyak RM 18 ribu. Disamping itu lawatan ini diadakan untuk bertemu dengan pengundi-pengundi di sekitar kawasan Sg Ara. Rombongan juga mengadakan lawatan di sekitar pasar Sungai Ara dan bertemu dengan peniaga-peniaga di situ.
Para peniaga dan orang ramai yang ditemui amat gembira dengan kehadiran YB dan rombongan. Mereka dapat bertemu dengan YB secara terus dan dapat meluahkan masalah yang dihadapi mereka.
Lawatan seperti ini diadakan pada setiap minggu. Seminggu sebelum lawatan ini, rombongan yang sama telah mengadakan lawatan di Pasar Awam Bukit Gedung. Pertemuan dengan peniaga-peniaga di gerai makanan pasar tersebut telah diadakan.

Sunday, January 4, 2009

Gerak kerja AMK Bayan Baru 2009

Salam,
Dengan perlantikan YB Yusmadi sebagai ketua AMK Negeri Pulau Pinang yang baru berdasarkan peraturan dalam perlembagaan Angkatan Muda Keadilan yang menetapkan Ketua AMK Pusat berhak melantik Ketua AMK Negeri yang baru berdasarkan perbincangan bersama Perhubungan Negeri dan AMK Negeri, AMK Bayan Baru akan meneruskan aktiviti dan gerak kerja di bahagian seperti biasa.
Biarpun majoriti Ketua-ketua AMK Bahagian di Pulau Pinang kecuali Bahagian Tanjong, Bukit Gelugor serta Jelutong yang menyerahkan kepada keputusan Ketua AMK Pusat dan Ketua AMK Bagan, Ketua AMK Nibong Tebal serta Ketua AMK Tasek Gelugor yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut, 6 bahagian lain menolak cadangan tersebut, perlantikan YB Yusmadi telah dibuat berdasarkan arahan dari Ketua Umum dan keputusan Ketua AMK Pusat serta persetujuan Ketua Perhubungan Negeri .
Segala perancangan AMK di Bahagian akan berjalan seperti biasa kecuali beberapa rombakan kecil dalam kepimpinan AMK Bahagian yang dibuat untuk memantapkan gerakkerja di peringkat Bahagian Bayan Baru.

Sekian
Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru

Pelantikan Ketua AMK Negeri Pulau Pinang

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang yang baru telah dilantik oleh Sdr Samsul Iskandar secara hak ketua amk pusat melantik ketua AMKNPP.
YB Yusmadi telah dilantik dengan sokongan Pengerusi Perhubungan Negeri dan 4 orang Ketua AMK Bahagian daripada 10 Ketua AMK Bahagian yang hadir di dalam perbincangan bersama untuk ketua AMKNPP.
6 ketua AMK bahagian yang hadir, Batu Kawan, Bukit Mertajam, Balik Pulau, Kepala Batas dan Permatang Pauh mengikut keputusan mensyuarat AMK Negeri dengan memberi laluan kepada Azrizal Tahir. Bayan Baru yang dipimpin oleh Azrizal Tahir menyatakan mengikut cadangan mesyuarat AMK Negeri bagi memilih Azrizal atau Amir Ghazali (Permatang Pauh) sebagai ketua.
AMK Bahagian Jelutong, Bukit Glugor, Tanjong dan Bkt Bendera mengikut cadangan Ketua AMK Pusat. Sementara Ketua AMK Bahagian Nibong Tebal, Tasek Glugor dan Bagan tidak hadir.
Adalah tidak benar seperti yang disiarkan dalam blog wrlr.blogspot.com hanya ketua AMK Bkt Mertajam dan Kepala Batas sahaja yang memilih Azrizal.
Untuk Makluman.

Friday, January 2, 2009

CALON PAS UNTUK PRK KUALA TERENGGANU


Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.
Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.
Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.
Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.
Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA).
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi).
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.
Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

KEPUTUSAN MESYUARAT BIRO POLITIK PKR BERHUBUNG KES MANIKAVASGAM DAN JENABALA

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan mesyuarat pada malam 31 Disember 2008. Selain kes Sdr Manikavasagam dan Jenabala, yang mengugut hendak keluar parti, kami membincangkan lima perkara lain dalam Agenda. Antaranya ialah laporan mengenai Sarawak, pindaan perlembagaan parti dan kongres nasional khas yang bakal diadakan pada akhir bulan Februari.Mesyuarat mengambil perhatian tentang laporan meluas oleh sesetengah media yang dikuasai pemerintah tentang kes Manikavasagam khususnya. Dari laporan tersebut nyata sekali editor-editor media itu sama sekali tidak menghormati etika kewartawanan. Media mereka mengada-adakan hal yang tiada dan memutarbelit kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan, terutama PKR.Seperti yang diketahui, Manikavasagam tidak jadi keluar parti atau menarik diri sebagai Ahli Parlimen PKR. Beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor, iaitu jawatan yang dilantik oleh Pengerusi Perhubungan, TS Khalid Ibrahim. Ini cerita lama sebab sejak bulan September 2008 lagi beliau telah mengumumkan hasrat ini.Berita yang kononnya ahli India dalam PKR akan keluar beramai-ramai dari parti tidak berlaku. Mesyuarat yang ditaja oleh Jenabala itu gagal. Tidak ada pemimpin India dari PKR yang hadir. Bilangan wartawan yang berkumpul mengharapkan berita hangat dari mesyuarat tersebut lebih ramai dari ahli biasa yang menghadiri mesyuarat ini. Bukan saja Jenabala kecewa, bahkan wartawan pun kecewa. Dua minggu lalu Jenabala digugurkan dari jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha Agung kerana diisytiharkan bankrap.Kami mendapat tahu ada pihak dari Umno dan MIC yang menghubungi beberapa orang ahli India dalam PKR dengan tujuan buruk. Pihak ini memperalatkan media yang mereka kuasa untuk membesar-besarkan berita dusta. Sebagimana yang kami duga dari awal, pihak ini gagal. Untuk pengetahuan semua, Pakatan dan khususnya PKR terus kuat dan bersatu padu dengan mendapat sokongan majoriti dari semua kaum.
Dr Syed Husin AliTimbalan Presiden PKR

Ucapan Sempena Tahun Baru 2009


Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai. Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat.
Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini.
Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.
Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.
Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia.
Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.
Selamat Tahun Baru 2009

ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL