Tuesday, December 1, 2009

Kepimpinan baru AMK Pulau Pinang


Ketua : Amir bin Hj Md Ghazali


Tim Ketua : YB Sim Tze Tzin




Naib Ketua 1 : Ahmad Azrizal bin Tahir




Naib Ketua 2 : YB Ong Chin Wen


Naib Ketua 3 : M. Munesh
S/Usaha : Syed Rizal Mikael bin Syed Aidid

Pen S/Usaha1 :Azhar bin Mohamad

Pen S/Usaha2 : Kosong

Bendahari : Philip Thor Pen
Bendahari : Kosong

Kt Penerangan : Mohd Rizal bin Abd Hamid
Pen Ketua Pen : Kosong


Pengerusi Biro Kebajikan dan NGO : Zulkarnain Mohd Ali
Pengerusi Biro IT dan Maklumat : Amizudin bin Ahmat
Pengerusi Biro Pilihanraya : Zulkifli bin Ibrahim
Pengerusi Biro Kerohanian : Munir bin Makhtar
Pengerusi biro latihan : Rezal Huzairi bin Md Zaki

Senarai lengkap biro lantikkan akan update besok

Amir Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang yang baru



KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang hari ini menerima ketua baru iaitu Amir Ghazali bagi menggantikan Yusmadi Yusof yang dinaikkan pangkat ke AMK Pusat.

Amir yang ketua AMK Permatang Pauh berkata, beliau menerima amanah itu sebagai suatu tanggungjawab besar yang perlu dipikul ke arah mengangkat martabat AMK ke puncak kejayaan.

Menurutnya, sebagai Ketua AMK yang baru, misi beliau ialah akan bekerja bersama-sama Ahli Jawatan Kuasa AMK yang lain bersama-sama mengangkat perpaduan kaum di negeri Pulau Pinang dengan melakukan banyak tindakan dan bukannya melalui percakapan semata-mata.

"Ini selaras dengan slogan AMK Pulau Pinang iaitu Menggenggam Pelangi yang menjadikan perpaduan kaum sebagai teras perjuangan kita," katanya kepada Erapakatan.com ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik sejak era reformasi berpengalaman sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian (kini Cabang) Permatang Pauh sejak tahun 2004 hingga 2007.

Beliau seterusnya diberi kepercayaan sebagai Ketua AMK sejak Mac 2007 sehingga 28 November lalu.

Sehubungan itu, beliau berharap perlantikannya itu akan mendapat sokongan semua pihak ke arah merealisasikan harapan rakyat yang menginginkan Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Amir yang juga seorang ahli perniagaan merakamkan jutaan terima kasih kepada Yusmadi yang selama ini berjaya memimpin AMK Pulau Pinang termasuk menyediakan asas yang kukuh kepada sayap parti itu.

sumber berita : Era Pakatan



Sunday, October 18, 2009

Happy Deepavali - Malaysiakini



Salam sejahtera,
saya dan seluruh kepimpinan Angkatan Muda Cabang Bayan Baru mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Hindu.
Mudah-mudahan Pesta Cahaya tahun ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Deepavali Nal Valthukhal.

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua AMK Cabang Bayan Baru

Tuesday, August 4, 2009

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR - malaysiakini

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR


Saya merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

Didalam kenyataannya, YB Ooi melemparkan kritikan hebat kepada Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").

Angkatan Muda Bayan Baru menolak kenyataan yang bersifat fitnah ini sekeras-kerasnya. Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. Malah ramai dari kalangan pimpinan JIM telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat selepas 1999.

Merujuk kepada ‘track record’ Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru dengan ini mendesak agar YB Jeff Ooi menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka., bukan sahaja permohonan maaf kepada Sdr Mohd Razali Abdullah tetapi juga kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru juga mendesak YB Jeff Ooi agar menggunakan saluran yang bersesuaian untuk memberi teguran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang dirasakan bermasalah atau perlu diberi teguran. Beliau juga harus segera berhenti dari menggunakan media untuk melemparkan kritikan beliau.


Sekian. Terima Kasih.


Ahmad Azrizal Tahir

Ketua Angkatan Muda Keadilan,

Parti Keadilan Rakyat,

Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang

Rizaltahir@gmail.com

Tuesday, July 21, 2009

Afidivit Palsu kes DSAI - Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 21 Julai 2009

Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara.

Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidal terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.

Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)

Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.

Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.


ANWAR IBRAHIM

Monday, July 20, 2009

Anwar mahu KPN, Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab

ALOR GAJAH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Bercakap kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya, di sini, pagi ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh berdolak dalik berhubung kes itu kerana ia membabitkan kematian.

"Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56.Beng Hock, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan tindakan seterusnya.

Saturday, June 13, 2009

Jadual kongres Khas Parti KeADILan Rakyat 13 Jun 2009 - Malaysiakini




13 June 2009 • Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Registration
7:00 – 8:30 a.m.
Registration
(Pusat Konvensyen KUIS Lobby)
8:30 – 8:45 a.m.
Delegates take their seats
(Pusat Konvensyen KUIS Hall)
8:45 – 8:50 a.m.
Supreme Council Members are seated
(Pusat Konvensyen KUIS Stage)
Opening Ceremony & Tabling of Proposed Amendments
8:50 – 8:55 a.m.
Arrival of the President, YBhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
and the Party Leader, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
9:00 – 9:05 a.m. Negaraku dan Party Song
9:05 – 9:10 a.m. Du’a
9:10 – 9:15 a.m.
Opening remarks by YBhg. Sdr. Ishamuddin Ismail, Permanent
Chairman of the Congress
9:15 – 9:30 a.m.
Welcoming Address by the Secretary-General, YBhg. Dato’ Salehuddin
Hashim
9:30 – 10:15 a.m.
Opening Speech by the President, YBhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail
10:15 – 10:45 a.m. Special Speech by the Party Leader, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
10:45 – 11:45 a.m.
Motion to Amend the Constitution -
Proposer: YB Sdr. Sivarasa Rasiah
Seconder: YB Sdri. Rodziah Ismail
11:50 a.m. – 12:00 p.m. Break (Only delegates are allowed to remain in the hall)
12:00 - 1:00 p.m. Debate of Motion (closed session)
1:00 p.m. Media Conference & Lunch
* Media Statements will be issued after the conclusion of the Congress.
* Media Statements will be sent via e-mail to all media representatives who have registered in the
morning. Please provide your e-mail address when registering.

Kongres Khas Parti KeADILan Rakyat - Malaysiakini



PKR
akan mengadakan kongres khas pada Sabtu ini (13/6) bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti yang antara lainnya membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa mengatakan, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum 3 penggal selama 9 tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas.

Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti. Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku pada parti2 lain berulang di PKR.

Selain itu, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti. Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian.

Sekiranya sistem baru ini digunakan, ini bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.

Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada 5 kepada 7 orang iaitu 4 dipilih dan 3 dilantik. Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution pula berkata ini kali pertama mereka akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini.

Pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan. Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Kongres khas yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan PRK Penanti.


Parti Keadilan Rakyat’s Supreme Council Proposes New Constitutional Amendments

On Saturday, 13th June, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) will hold an Extraordinary National Congress (Kongres Nasional Khas) to discuss and approve some far-reaching amendments to its current party constitution.

Amongst the proposed amendments are a proposal is to transfer and broaden the right to elect national leaders (including Youth and Women wings) from delegates at the National Congress to ordinary members of the Party who now number about 300,000. This move is to strengthen the practice of democracy within the party and to move the party in line with practice in mature democracies. It also reaffirms and underscores KEADILAN’s commitment to democratic reform and change at the national level of politics. Such a step will also help reduce and eliminate any unhealthy tendencies towards money politics and phantom branches as we have seen in some political parties in Malaysia. If this amendment is approved, KEADILAN will be the first large political party in Malaysia to allow its members to decide the national leadership.

Further changes to strengthen democratic practice within the party are an amendment to limit the term of the President to three terms or nine years. The creation of an independent election supervising structure down to division level and also institutionalising the practice of secret balloting are also in the proposals. These will also strengthen the practice of democracy within the party.

The Youth wing is being revamped with an amendment to bring down the qualifying age to 35 years and below from the current limit of below 40 years. Its implementation, if approved, will however be staggered – with immediate effect for all appointed positions at all levels and overall implementation in the election year after the next i.e. is expected to be 2013 or earlier. This brings our Youth wing in line with internationally accepted standards for the definition of youth and to ensure that our youth wing leaders and membership reflect the aspirations of those 35 and below.

There is also an amendment to reflect the commitment of the party to strengthen the leadership of women in the party with a new clause that the party will implement a policy to ensure that at least 30 % of the leadership positions at all levels are occupied by women. Again, this will be ground-breaking as no other party has such an express commitment.

As KEADILAN is now possibly the only truly national party with organised structures in at least 190 divisions including Sabah and Sarawak, we are also modifying our party leadership structure to reflect our current role in national politics. For example, we are increasing our number of Vice Presidents from five to seven so that there is more scope for representation. Similar changes are being made for the Youth and Women’s wing. The state committees are also being modified for more flexibility.

We are also taking the opportunity to rebrand the terms used in the party structure to reflect terms that are progressive, and more egalitarian and to move away from terms associated with traditional party structures and feudal connotations. So “bahagian” will now be known as “cabang”, “cawangan” as “ranting”, “majlis pimpinan tertinggi” as “majlis pimpinan pusat” and “perhubungan negeri” as “majlis pimpinan negeri”.

Finally, we are streamlining the constitution to improve the administration of the party at all levels, enhance accountability and transparency, and also ensure that our internal discipline mechanisms are efficient and implemented fairly and justly.


SIVARASA RASIAH
Vice-President, Parti Keadilan Rakyat

Kerajaan Pulau Pinang peruntukan RM 213,000.00 kepada masjid sempenan ramadan - Malaysiakini

Georgetown: Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim- gambar, berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini.

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid.

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran.

Di Pulau Pinang, terdapat satu masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah. - Bernama

Tuesday, June 9, 2009

Jentera AMK Bahagian digerakkan untuk bantu prog Kerajaan Negeri - Malaysiakini

Jentera Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru telah mula digerakkan untuk membantu program kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara program yang telah diatur dan sedang bergerak ialah daftar warga emas untuk seluruh negeri Pulau Pinang (Parlimen Bayan Baru), mendaftar OKU yang tidak mendapat bantuan, mengumpulkan maklumat berkaitan kes-kes tertangguh dan menyalurkan kepada pihak berkenaan serta membantu melakukan follow-up, menggiatkan usaha membantu mereka yang diberhentikan dari kerja secara sukarela melalui latihan perniagaan, bantuan khidmat nasihat dan membantu mewujudkan kumpulan rondaan sukarela di taman-taman di sekitar kawasan Parlimen Bayan Baru untuk mengurangkan kadar jenayah serta menjadikan ia sebagai salah satu aktiviti bermanafaat kepada golongan muda.
Angkatan Muda Bayan Baru berharap dengan sedikit usaha ini dapat membantu melicinkan perjalanan pentakbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Salam

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru

Sunday, May 31, 2009

Terkini life dari Penanti - Malaysiakini











Ribuan rakyat hadir di Yayasan Aman untuk meraikan kemenangan Pakatan Rakyat.
Ucapan kemenangan sedang disampaikan di yayasan aman penanti pada ketika ini. YB Dato Johari Abdul mempengerusikan program. YB Saifudin Nasution telah menyampaikan amanat beliau disusuli oleh calon- YB Mansor Othman, turut kelihatan Ust Salleh Man YDP PAS Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut kelihatan Sdr Md Sabu, YB Azmin Ali, anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang- YB Abd Malik Kassim, YB Lim Hock Seng, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Abd Halim Husin, Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang Datuk Zahrin Hashim, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat..... Guan Eng telah menyampaikan ucapan beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat untuk menyampaikan ucapan.

Keputusan terkini Penanti - Malaysiakini

sila refresh untuk keputusan terbaru
(7.15 petang) Kesemua 32 saluran telah dikira. 6266 (keADILan), 390 (Kunci), 534 (Wau) dan 48 (Payung). Dr. Mansor menang dengan majoriti 5732 dan ketiga - tiga calon bebas hilang wang pertaruhan. Cuma menunggu pengumuman undi pos yang hanya berjumlah bawah 30 undi.

(7.10 petang) Telah dikira 27 saluran. Kelihatan seperti 3 calon bebas hilang wang pertaruhan. 5309 (keADILan), 329 (Kunci), 301 (Wau) dan 44 (Payung)

(7.04 petang) Data di Bilik Gerakan Utama sahkan 46.15 % sebagai jumlah keluar mengundi sebanyak 7,100 orang. Dewan di Yayasan Aman telah dipenuhi wartawan dan penyokong, menantikan keputusan terkini. Setakat ini 4,289 (keADILan), 258 (Kunci), 273 (Wau) dan 26 (Payung)

(6.45 petang) Beberapa pusat mengundi telah di kosongkan. Semua peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan di IKBN Bukit Mertajam. Setakat ini 18 saluran telah siap dikira dengan jumlah 3431 (keADILan), 223 (Kunci)), 243 (wau) dan 24(Payung)

(6.30 petang) Bilik Gerakan Utama PRK Penanti di Yayasan Aman kelihatan sibuk dan menjadi tumpuan wartawan. Kelihatan petugas agen calon yang mengira undi mula masuk seorang demo seorang untuk menghantar borang 13 dan keputusan saluran masing - masing. Setakat ini 14 saluran telah dikira dengan keputusan 2517 (Keadilan), 153 (Kunci), 71 (wau) dan 20 (payung).

Saturday, May 30, 2009

Miskin tegar di Pulau Pinang - Malaysiakini

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof. Dr. Ramasamy berkata dalam masa setahun Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, kerajaan telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar di negeri ini berjumlah 720 keluarga.

Menurutnya, Sebahagian besar keluarga yang berada dalam diketogorikan ini terdiri daripada orang-orang melayu dan majority mereka berada dalam kawasan UMNO.

“Persoalannya, apa yang para pemimpin Bn/UMNO buat lebih 50 tahun berkuasa? Dan Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat tidak memilih warna kulit untuk menghulurkan bantuan asalkan orang itu layak kita tidak kira samada Melayu, China atau India.”

Beliau yang juga ADUN Prai dan Ahli Parlimen Batu Kawan seterusnya memberitahu kerajaan negeri kini sedang mengumpulkan data warga emas di seluruh negeri ini dan pihak kerajaan akan menimbangkan untuk memberikan bantuan kepada semua warga emas yang berdaftar.

“Usaha kerajaan negeri ini sebagai pengiktirafan dan penhormatan kepada warga emas yang telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan mereka kepada keluarga masyarakat, negeri malah negara ini perlu dihargai.

“Program dan tindakan kerajaan negeri yang berada di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat kini sedang berjalan dengan lancar dan rakyat kini sudah mula merasakan nikmatnya. Keadaan ini membuatkan kepimpinan BN betul-betul merasa gusar.” Katanya dalam Siri Ceramah Pilihanraya Kecil DUN Penanti di Homestay mengkuang Titi yang dihairi lebih 1000 orang semalam.

Turut hadir dalam ceramah tersebut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Abdul Malek Abul Kasim, Pengarah Pilihanraya PKR Saifudin Nasution Ismail, Ustaz Idris Hj.Ahmad dan calon DUN Penanti Dr. Mansor Othman.

Parti Keadilan Rakyat Lawan SPR di Penanti - Malaysiakini

Tiga hari lalu…YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini..Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.

Peneceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.

Tetapi Umno bolrh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak ada calon. Tak ada peraturan dan undang-undang terhadap umno…tapi macam-macam peraturan dikenakan kepada PKR.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan kerenah polis.

Hari ini hari terakhir tempoh kempen. Dan PKR terpaksa pula berhadapan dengan kerenah SPR. Macam-macam peraturan baru dikenakan.

Dalam mesyuarat diantara PKR dengan SPR diPutrajaya..SPR telah memperkenalkan beberapa syarat baru.

Mula-mula mereka bercadang untuk menghapuskan pondok panas. Kononya untuk mengelak pertembungan diantara penyokong PKR dengan Umno. Tup-tup Umno tak bertanding dan depa tak ada alasan lagi. Lalu dibenarkan pondok panas dibina.

Hari ini..semua pondok panas telah dinaikkan…tup-tup SPR buat arahan baru melalui telefon….pondok panas mesti bersaiz 8 kaki X 8 kaki! Gila ka? Kat mana nak cari khemah saiz tu dalam masa sehari? Pasai apa tak mau cakap dari awal? Pasai apa esok nak mengundi…dan selepas semua khemah yang bersaiz 20 X 20 kaki dinaikkan…baru SPR mengeluarkan arahan baru?

Dan mengapa arahan-arahan ini datang terus dari Putrajaya..manakala Pengarah Pilihanraya PRK Penanti sendiri tak tau?

Dalam mesyuarat tersebut juga..SPR menetapkan semua parti yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan 100 buah kereta untuk mengangkut pengundi. PKR 100..Kak Min 100..Ramizu 100…Ari 100. Tu pun dah dipersetujui.

Tup-tup…SPR kata semua kereta yang mengangkut pengundi tak boleh bubuh lambang parti tapi mesti menggunakan sticker yang dikeluarkan oleh SPR. Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker SPR boleh ditahan oleh polis …sebab boleh didakwa jadi teksi sapu. Ok la…yang tu pun boleh dipersetujui.

Tup-tup sampai hari ni tak ada sticker…dan bila SPR dihubungi..sticker belum siap! Esok macam mana?

Nak bubuh lambang parti tak boleh…sticker tak siap. Macam mana nak tau kereta mana yang nak bawa pengundi? Tak gila ka? Tapi itu lah SPR.

Sekejap tadi…PKR diberitahu arahan untuk memasang sticker ditarik balik…tapi bila ditanya sama ada boleh atau tidak memasang lambang parti…Pengarah Pilihanraya PRK Penanti tak boleh jawab. Kena tanya Putrajaya. Macam ni punya Suruhanjaya Pilihanraya pun ada ka?

Mengikut Akta Pilihanraya..pada hari mengundi…semua kenderaan berat termasuk bas dilarang memasuki daerah mengundi. Tapi esok Umno akan menyediakan bas-bas untuk mengangkut pengundi-pengundi Penanti keluar makan angin. Boleh pulak? Bila dilaporkan kepada SPR…depa kata itu bukan tugas depa!

Pilihanraya Kecil Penanti bukan lagi pertarungan diantara PKR dengan calon-calon bebas…tapi dengan Umno yang menggunakan polis dan SPR sebagai proxy.

Untuk PKR…bermacam-macam peraturan dikenakan…tapi untuk Umno…buat lah apa pun..tak salah.

Cilok dari http://perakexpress.com/www


Suratkhabar pertama di Malaysia - Malaysiakini



Suratkhabar yang pertama di negara ini telah diterbitkan pada tahun 1805 di Pulau Pinang dan dikenali sebagai Prince of Wales Island Gazette. Penerbitan ini dihentikan pada tahun Ogos 1827 tetapi kembali pada bulan Julai 1833.
Ia merupakan perintis kepada Penang Gazette yang telah bermula pada tahun 1837 apabila Mr. F. Carnegy, seorang pedagang di Pulau Pinang membeli percetakan/penerbitan dan peralatan dari Singapore Chronicle selepas ianya ditutup dan kemudian dipindahkan ke Pulau Pinang. Gabungan penerbitan ini dikenali sebagai "Penang Gazette and Straits Chronicle" yang beribu pejabat di Gudang Messrs. Mc Alister & Co
Sumber Penang Goverment Web

Thursday, May 28, 2009

Jentera pilihanraya Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru - Malaysiakini

Jentera Angkatan Muda Bayan Baru telah berada di Penanti sejak sebelum Pilihanraya Penanti lagi. Hampir setiap hari pasti akan ada petugas yang membantu di JDM yang dipertanggungjawabkan iaitu di Mengkuang Semarak. Manakala beberapa orang dari petugas Angkatan Muda Bayan Baru ditugaskan di Bilik Operasi Media N 12 di Yayasan Aman dimana ia diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru sendiri Sdr Azrizal Tahir yang bertindak selaku pengarah media pilihanraya N12.

PIAGAM CALON PARTI KEADILAN RAKYAT- PRK Penanti - Malaysiakini

PIAGAM CALON PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Mengadakan pusat khidmat rakyat dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Penanti. Pusat ini akan berfungsi sebagai ‘one stop center’ yang membolehkan rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat. Pusat ini akan dilengkapi kemudahan telekomunikasi dan internet.

2. Mengadakan talian ‘hotline’ dan email aduan untuk membolehkan rakyat berhubung dan berurusan 24 jam sehari dengan wakil rakyat.

3. Mempraktikkan amalan turun padang bertujuan mendengar sendiri punca masalah rakyat dalam DUN Penanti

4. Mendahulukan program kebajikan rakyat terutama kelompok ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas supaya keperluan dan kebajikan mereka terjaga

5. Mengadakan program tuisyen dan bimbingan pelajaran percuma kepada anak-anak cemerlang terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.

6. Membina jaringan dengan kumpulan ‘civil societies’ , NGO’s dan institusi pendidikan sekaligus memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dalam DUN Penanti.

7. Menggerakkan program ‘empowerment’ untuk ‘local opinion leaders’ dengan fokus utama kepada imam, jawatankuasa masjid, JKKK, pimpinan dan jawatankuasa rumah ibadat.

8. Mewujudkan klinik komuniti untuk kemudahan rakyat Penanti


9. Menwujudkan Bazar Rakyat untuk menjadi platform aktiviti kelompok peniaga kecil dan tarikan perlancongan setempat


10. Mempertingkatkan kemudahan prasarana termasuk aktiviti pengindahan kawasan pasar Penanti, tanah perkuburan dan tempatt-tempat rekreasi


11. Mewujudkan dewan komuniti untuk aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, forum rakyat dan sambutan hari kebesaran.



SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihan Raya / Elections Director
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Monday, May 11, 2009

Laporan Pertandingan Paintball terbuka Angkatan Muda -Malaysiakini


Cikgu Azman Tim Kt AMK Kedah turut sama sebagai perserta

Peserta bergambar bersama calon Penanti

Rombongan yang mewakili calon Penanti
Sdr Rahman-Ahli Majlis, Sdr Saarani Pembantu Ahli Parlimen Ptg Pauh, Sdr Non Pegawai Khas Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Sdr John

Sdr Adam Kt Penerangan AMK Kedah


Senjata untuk bertempur - Marker

Banner AMK Bayan Baru

Dr Mansor, YB Law Choo Kiang dan YB Ong Chen Wee

Rombongan dari Bayan Baru Rizal , Aidil dan Syafiq bersam Jordan AMK Batu Kawan dan Sdr Rezal Tim SUK Pusat.

Kt AMK Balik Pulau Sdr Nadzri turut serta

AMK Bukit Mertajam diketuai Sdr Ijune

Pemain paling bersih dari Nibong Tebal- Rizal Abd Hamid

Peserta sedang bersedia

Jordan bersama Aidil dan Shafiq

Antara peserta yang hadir

Sdr Din Binjai dikerumuni wartawan

10 may 2009 di Combat Field Permatang Tinggi Bukit Mertajam berlansung pertandingan paintball terbuka Angkatan Muda Keadilan anjuran Angkatan Muda Bahagian Batu Kawan dengan kerjasama Unit Ehsan Pulau Pinang. Pertandingan yang julung kali dianjurkan mendapat sambutan menggalakan dengan penyertaan lebih dari 80 orang peserta. Antara bahagian AMK yang mengambil bahagian ialah dari Angkatan Muda Bahagian Balik Pulau, Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru, Angkatan Muda Bahagian Bukit Mertajam, Angkatan Muda Bahagian Kepala Batas, Angkatan Muda Bahagian Tasek Glugor, Angkatan Muda Bahagian Permatang Pauh, Angkatan Muda Bahagian Batu Kawan dan rakan-rakan dari Angkatan Muda Kedah.
Perasmian dilakukan oleh Dr Mansor Othman calon Parti KeADILan Rakyat bagi PRK Penanti. Turut sama hadir memeriahkan pertandingan ialah YB Law Choo Kiang- ADUN Batu Kawan , YB Ong Chen Wee - ADUN Bukit Tengah dan YB Sim Tze Tzin- ADUN Pantai Jerjak. AMK Bayan Baru telah diwakili oleh Kt AMK Bah Sdr Rizal, S/U Ang Muda Bahagian Sdr Ziezull, Bendahari AMK Bahagian Sdr Zulkarnain, AJK Ang Muda Bahagian Sdr Aidilfitri dan Sdr Shafiq, turut sama mewakili bahagian Bayan Baru Sdr Ridz dari JDM Desa Wangsa.
Dibawah disertakan gambar-gambar di sepanjang pertandingan tersebut.

MB Perak Kekal Datuk Seri Nizar - Malaysiakini



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut. - Dari Malaysiakini

Thursday, May 7, 2009

Tanda sokongan - Malaysiakini



Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat turut mengibarkan Bendera tanda protes terhadap salahguna kuasa oleh Najib Tun Razak.

Bendera tersebut mula dikibarkan awal pagi ini menandakan sokongan kepada kempen 'Black Malaysia'.

Dr Mansor Othman calon Penanti - Malaysiakini







"TEKUN" DAN "BINA ILMU" AKAN DIJADIKAN MISI DAN VISI DALAM KERAJAAN NEGERI DARI SEGI EKONOMI DAN PENDIDIKAN, SELAIN MENERUSKAN AGENDA MENGHAPUSKAN MISKIN TEGAR DI KALANGAN RAKYAT PULAU PINANG.

Penanti-Baru-baru ini wartawan Suara keadilan sempat untuk bertemu bakal Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu calon pilihan Dato Seri Anwar Ibrahim .Menurut Dr Mansor Othman .Pemilihan beliau adalah kerana kepercayaan untuk menggalas satu tugas besar bagi membantu kaum Melayu Pulau Pinang .Beliau sendiri punya wawasan dan matlamat sama seperti bertugas sebagai setiausaha politik kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dimana pada waktu tersebut beliau telah menubuhkan TEKUN iaitu satu yayasan yang menjadi nadi kepada orang Melayu pada waktu itu untuk memulakan perniagaan dan ianya digunapakai sehingga seluruh negara di ketika Dato seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan dulu.

“Apabila beliau meminta saya bertanding di Penanti, saya mengikut arahan untuk bertanding kerana , dahulunya saya bertanding di berbagai tempat, dan DUN Penanti ini bukan asing bagi saya” demikian tegas Dr Mansor lagi

Dulu nya setiap pilihanraya kecil memang sukar tetapi ianya bukan menjadi ukuran lagi, dan kita dapati bahawa perti pembangkang menjadi kepercayaan kepada rakyat dan Penanti akan menjadi satu harapan buat rakyat dan kepercayaan yang diberikan kepada saya kali ini memang berat.Sokongan rakyat adalah kepada parti dan juga Dato Seri Anwar Ibrahim dan itu faktor utama kepada kemenangan dan imej parti, maka di Penanti, rakyat mengundi Anwar, calon, InsyaAllah , masyarakat Penanti akan memberi kemenangan kerana , pertamanya ialah ianya menjadi tempat Dato Seri Anwar dan juga kubu kuat buat Dato Seri Anwar dan jentera di Permatang Pauh ini kuat berbanding tempat lain.

Mengenai isu tempatan di Penanti pula , khidmat wakil rakyat menjadi tunggak utama. Bagi saya sendiri, saya bukan lah asing malah pernah menjadi pengerusi sejak 1998 dan pada tahun 1999 kita hanya menang di Penanti dan banyak program yang saya hadiri , jadi saya kenal dan tahu di mana JDM dan juga semua kawasan ini bukanlah asing bagi saya. Ini adalah kerana saya pernah menjadi pengerusi perghubungan negeri pada waktu itu 1998.Semua masaalah tempatan adalah masaalah macam di tempat lain juga Melayu iaitu perkhidmatan.Mengenai isu nasional ialah apa perbezaan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ,apa kurang nya barisan nasional dari segi dasar, ianya bukan sahaja reformasi ekonomi , malah reformasi mengenai bezanya kita dalam menarik pelabur asing,pengagihan kekayan negara, menarik pelabur dan ini akan menjaid isu utama dengan penekanan dan bezanya kita dengan barisan nasional,isu yang berkaitan dengan ekonomi , isu agama, politik, budaya orang Melayu.

Mengenai isu penghapusan MECD, menurut Dr Mansor pula ialah Dato Seri Najib cuba membawa dan menarik kaum asing sebagaimana yang telah Pakatan Rakyat lakukan kini, iaitu idea dimana membantu yang susah tanpa mengira kaum , misalnya “One Malaysia”misalnya , kalau kita lihat ialah menciplak apa yang Anwar bawa dari segi agenda ekonomi, sistem pendemokrasian dalam ekonomi, bezanya, ialah kita nak tumpukan kepada isu kemiskinan tanpa mengira bangsa sama ada Melayu, India ,Cina, Bajau ,Kadazan ,Dusun, Dayak, Murut atau apa bangsa yang terpinggir dan kita tak pilih , dan kita juga tidak pernah selindung akan perkara ini , kerana itu bukan dasar kita.Dasar kita ialah membantu dalam masa yang sama ialah jika misalnya Melayu Pulau Pinang terpinggir kita akan berbincang untuk membantu kaum Melayu . Inilah isu dan saya yakin kerana kita boleh bincang dengan kepimpinan negeri.dan saya yakin untuk memantapkan kerajaan Pakatan ialah ianya bukan halangan untuk membantu Melayu Pulau Pinang.

Beliau yang kini telah menetap di kawasanp Penanti dan sebelum ini telah berbincang dengan banyak pimpinan kawasan dan beliau yakin boleh membawa pembanggunan yang hebat, masaalah sosial ialah harus di hadapi dengan bijak sana, mengenai pendidikan pula ialah peluang pendidikan yang baik.

Misalnya, aspek pendidikan ,iaitu "semasa saya menjadi pensyarah di universti saya telah menekankan idea projek “Bina Ilmu” di mana 37 pusat pendidikan di seluruh Pulau Pinang dan ada 4 di Permatang Pauh, jadi saya akan wujudkan semula projek “Bina Ilmu” ini khususnya untuk anak orang susah dan luar Bandar yang sukar mendapat kelas tution, malah berbanding dengan orang Bandar , mudah mendapat semua ini dan saya akan wujudkan peluang ini kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang. "

Untuk merapatkan lagi saya dengan penduduk Penanti, saya telah memilih salah satu Taman perumahan di kawasan Penanti dan dengan berdekatan dengan pusat khidmat yang ada, maka ini memudahkan saya memberi khidmat kepada masyarakat di DUN Penanti sendiri.

Mengenai program “TEKUN” , Dr mansor yang berada didalam Biro pembanggunan usahawan sebelum ini pun bercadang untuk menghidupkan kembali sistem mikro kredit dimana peruntukan sebanyak 500,000 telah ada dan kerajaan negeri telah memberi sebanyak RM 1 juta dan saya cuba meningkat lagi menjadi peruntukan sebanyak 2 juta dan saya yakin saya akan usahakan dan memulihkan kembali sisitem “TEKUN” yang saya usahakan dan ini akan saya hidupkan semula kerana saya dapati ianya baik untuk penduduk Pulau Pinang dan Penanti dan mereka semasa meminjam dulu semuanya membayar berbanding yang kaya-raya yang meminjam di bank dan tidak membayar.

Kedunya ialah untuk dijadikan modal kepada peniaga kecil untuk memulakan dan saya amat yakin ianya akan dipulihkan di samping program pendidikan.keduanya saya pernah menjadi pengarah projek di Pulau Pinang waktu itu , iaitu “TEKUN” dan juga “BINA ILMU ” yang bukan sahaja memberi kelas –kelas tambahan , malah kaunseling, prasekolah, motivasi bersama pemimpin dan oleh kerana di Penanti kita ada Yayasan Aman , program ini akan kita lakukan dengan izin Allah.InsyaAllah. demikian janji Dr Mansor mengenai projek besar beliau untuk penduduk Penanti khasnya dan penduduk Pulau Pinang amnya mengakhiri perbualan kami.

Thursday, April 9, 2009

Kenyataan Media DSAI kemenangan di 2 Bukit - Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
8 April 2009
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihan raya kecil pada 7hb April 2009.
Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.
Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.
Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama. Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan Perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.
Kemenangan Dato’ Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.
Kepada pendukung Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.
Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan. Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.
Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan
menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan. Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda Perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini.
ANWAR IBRAHIM

Thursday, April 2, 2009

Kedudukan 2 calon bebas bekas ahli KeADILan - Malaysiakini



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Syed Husin Ali menjelaskan kedudukan dua calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Bukit Selambau yang sebelum ini dikaitkan dengan parti itu.


Katanya calon bebas Md Radzi Md Lazim pernah memimpin bahagian KeADILan Baling namun setahun dahulu, beliau dipecat dari berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti.

"Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya ditolak. Jelas beliau bukan ahli KeADILan" kata Dr Syed dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Mengenai A. Jayagopal katanya yang pernah mengetuai bahagian pokok sena, beliau telah digantung sejak tahun lalu oleh kerana beberapa kes berkaitan dengannya yang sedang disiasat oleh Lembaga Displin Parti.

"Sekarang, disebabkan beliau bertanding melawan calon rasmi KeADILan, maka, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Parti tahun ini, keahliannya dalam parti dengan sendirinya ditamatkan.

"Jadi sekarang beliau tidak ada kaitan dengan KeADILan" katanya. - azm


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Wednesday, April 1, 2009

Suara keamanan ganti suara keadilan - Malaysiakini


KeADILan mengambil strategi serupa PAS bagi menghadapi tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar mereka dengan menerbitkan Suara Keamanan mulai hari ini.

PAS merancang menerbitkan Hujah mulai Jumaat ini bagi menggantikan Harakah yang dikenakan tindakan mengejut itu selama tiga bulan sejak 23 Mac lalu.

Pengganti Suara Keadilan itu sudah boleh diperolehi melalui pengedar-pengedar organ PKR itu, kata satu kenyataan jabatan sidang pengarangnya.

"Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, PKR mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut," kata parti itu

"Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN."

Tindakan menerbitkan akhbar baru ini membayangkan PKR mengendurkan pendiriannya minggu lalu yang menegaskan ingin mengabaikan larangan KDN tersebut.

Edisi pertama mingguan ini melaporkan tiga pilihanraya kecil - dua daripadanya disertai PKR - yang bermula Ahad lalu dengan tajuk besar "Kubur BN".

Ia memuatkan foto muka depan calonnya di DUN Bukit Selambau, S Manikumar dan DUN Batang Ai, Jawah Gerang.

Ia juga menyiarkan foto-foto penamaan calon di Bukit Gantang yang ditanding oleh calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.



KUALA LUMPUR, 31 MAC - KERANA permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, parti KeADILan mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.

Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.

Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.

Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.
Keadilan

Sunday, March 29, 2009

Terkini - Malam penamaan calon DUN Bukit Selambau



Bukit Selambau- Bilik Operasi Utama- Hampir 50 orang petugas masih sibuk membuat persiapan akhir di bilik gerakan utama di Padang Lalang ketika krew dari Angkatan Muda KeADILan Bayan Baru diketuai Sdr Rizal (Ketua AMK Bayan Baru) tiba untuk melapor diri untuk bertugas. Ramai dari kalangan petugas masih berada di pos-pos yang didirikan di sekitar N25 DUN Bukit Selambau. Turut kelihatan pos-pos BN yang gah berdiri tapi tanpa penghuni.
Sdr Saiful Izham (Pengarah Pilihanraya DUN) dan Sdr Azman Nasarudin Tim Ketua Angkatan Muda Kedah menyambut rombongan pertama yang sampai disertai oleh Rizal (Ketua AMK Bah Bayan Baru), Sdr Zulfadli Md Noordin (Tim Ketua AMK Bah) , Sdr Ziezullhakim (S/Usaha AMK Bah Bayan Baru), Sdr Zulkarnain (Bendahari AMK Bahagian) Sdr Yusof dan Sdr Noor Izzar (Naib 1 dan 2 AMK Bah Bayan Baru). Rombongan kami turut disertai Sdr Zulkifli Ibrahim Exco Angkatan Muda Pusat dan Sdr Rizal Abd Hamid Tim Kt AMK Nibong Tebal Rombongan kami diberi amanat untuk mengawasi pusat operasi media dan bilik gerakan utama yang terletak di Sungai Lalang bersama jentera AMK Kedah.
Dijangka seramai hampir 70 orang jentera tambahan dari Bayan Baru akan tiba pada pagi penamaan calon dan akan bertugas di JDM Bukit Lembu.

Wednesday, March 25, 2009

Kenyataan Media Peng KeADILan Kedah Isu Bukit Selambau - Malaysiakini



Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah sikap zalimnya sepertimana yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam (23 Mac).

Demikian dikatakan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Kassim mengenai tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.

"Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah."

Ahli parlimen Kuala Kedah itu dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.

"Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai? Ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?"

Ahmad juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.

"Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihan raya kecil Bukit Selambau."

"Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah." (tamat)

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuesday, March 3, 2009

KJ Mengempalai Budaya Samseng - malaysiakini

Minggu lepas kawasan keselamatan Parlimen Malaysia telah dicemar oleh pemuda Umno Selangor yang menerobos masuk ke dalam dan dengan sombong berkelakuan samseng mengepung YB Karpal Singh dan kemudian hendak bertumbuk bila cuba dileraikan.Pasukan samseng yang diketuai oleh anak Omar Din iaitu Megat Zulkarnain Omar Din dengan begitu sombong mengepung Karpal yang tidak mampu bangun tetapi hanya duduk dikerusi roda.Peristiwa ini kononya ekoran kenyataan Karpal yang mengatakan "PEMUDA UMNO CELAKA". CheGuBard juga tidak setuju dengan kenyataan Karpal tersebut namun tindakan samseng lebih lagi di parlimen itu amat memalukan.Ini zaman maju pertempuran harus berdasarkan debat, idea (otak dan pemikiran) bukan lagi zaman rimba yang orang bertarung menggunakan siapa kuat dia raja. Jika tindakan kumpulan pemuda 'ganas' itu direstui oleh Pemuda Umno Nasional maka kita mampu memikirkan tahap minda mereka. Tindakan ganas itu bukan kerana tekanan, pemuda Umno tidak tertekan lagi, mereka masih boleh bermewah menggunakan jentera kerajaan, kenyataan karpal boleh dijawab sewenang wenangnya di media yang ditungggangi.Amat menarik kata 'pengganas' pemuda Umno di parlimen yang mengatakan Pemuda Umno pantang dicabar ? Sanggup membela bangsa, agama dan raja - raja Melayu....Kepada anak Omardin (dan kuncu-kuncu), cheGuBard cabar
bangkitkan pemuda Umno sesamseng mungkin membela Bahasa Melayu yang semakin menjadi bahasa pasar.... gerakkan seramai mungkin 'anak buahmu' (jika ada) untuk turun sama berdemontrasi pada 7 Mac bersama pejuang bahasa yang lain...takkan nak hujah demonstrasi bukan budaya kita lagi...
pergi kepung Dr. Mahathir yang pernah menyumbang jasa menghina dan meruntuhkan kedaulatan serta kekebalan Raja - Raja Melayu...
bab agama ini pergi tanya Khairy Jamaluddin apa isterinya Nori buat dengan pertubuhan IFC (melalui sister in Islam) yang kemudian Khairy pula berpura jadi hero agama, bangsa dan negara
pergi kepung dan tanya Khir Toyo berapa banyak tanah rezab Melayu yang di gadainya tak berganti dan minta dia bertanggung jawab kerana pencerobohan tanah, perobohan surau, merobohkan rumah Melayu demi memenuhi hasrat tauke yang majoritinya kebetulan bukan Melayu....
Tahu jawapanya...pasti kamu tidak berani .....Maka kamu tindakan kamu hanya mengundang ketawa...Paling dikesali ialah pasukan keselamatan parlimen dan polis. Hari ini kononya Polis mengeluarkan kenyataan bahawa tak boleh masuk parlimen tanpa dipanggil. Bagaimana dengan kejadian ketika secara aman memorandum BERSIH hendak dihantar ? dan bagaimana ketika Parlimen membenarkan kumpulan berbasikan memasuki dewan serbaguna tetapi polis halang, ketika penutup Rakyat Pengayuh Perubahan ?Sebenarnya apa yang terjadi ialah semua ini merupakan tunjuk kekuatan oleh YB Khairy Jamaluddin menjelang pemilhan Pemuda Umno. Dia kemudian membawa masuk pemuda walaupun tanpa tali leher dan memenuhi kod pakaian tetap lepas masuk untuk membuat sidang media bersamanya.

Dari chekgubard