Saturday, February 13, 2010

Kenyataan Media Pengerusi Parti Keadilan Pulau Pinang YB Mansor Othman isu Zahrain



KENYATAAN MEDIA
Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) NEGERI PULAU PINANG

Selepas kritikan yang tidak berasas kepada Ketua Umum parti iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, kita memang menjangka Dato Seri Zahrain akan keluar dari parti.

Justeru keputusan ini tidak sesekali mengejutkan kita walaupun kita kesal dengan kenyataan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Dato Seri Zahrain.

Sebenarnya cabang beliau sendiri telah menghantar surat untuk berjumpa dengan beliau tetapi beliau tidak berani bersemuka dengan anggota-anggota cabangnya sendiri. Ini bermakna beliau tidak mempunyai pengikut di cabang beliau sendiri.

Malah cabangnya sendiri bercadang untuk membuat undi tidak percaya kepada beliau. Ini sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai pengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang malah di cabangnya juga.

Dato Seri Zahrain sekarang bebas untuk membuat kritikan kepada Pakatan Rakyat kerana beliau tidak lagi terikat dengan permuafakatan Pakatan Rakyat namun Dato Seri Zahrain mesti ingat bahawa ahli-ahli parti juga kini bebas membuat kritikan kepada beliau tanpa sebarang sekatan.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
12 FEBRUARI 2010

Kenyatan media Ketua AMK Bayan Baru berikutan perletakkan jawatan DS Zahrain


Merujuk kepada pengumuman keluar parti Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Bayan Baru -

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) memandang pengumuman keluar parti oleh Dato' Seri Zahrain Hashim sebagai tindakan yang memang telah dijangka. AMK Bayan Baru melihat ini sebagai proses pembersihan di dalam Parti Keadilan Rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) melihat keengganan beliau untuk bersama dalam merealisasikan kesepakatan yang dicapai dalam konvesyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada penghujung tahun 2009 tanda jelas beliau akan berpaling dari landasan perjuangan yang menjadikan agenda membela rakyat sebagai nawaitu utama, bukan agenda mengambil kesempatan dan bersikap oputunis. Tindakan beliau yang secara terus menggunakan saluran media serta secara terbuka mengkritik YAB Lim Guan Eng dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat DS Anwar Ibrahim takkala negara dibayangi dengan kes fitnah liwat siri 2 menampakkan ada kepentingan terselindung cuba disenandungkan oleh beliau.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.

Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) menegaskan yang kami tidak akan terbuai dengan falsafah perjuangan tanpa prinsip dan akan terus ke depan dalam memperjuangkan nasib masyarakat teramai. Perjuangan bermaruah akan terus dijunjung untuk memastikan rakyat Pulau Pinang dan Bayan Baru khususnya terus maju dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat.


Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar Dato' Seri Zahrain agar melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kerana kemenangan beliau adalah diatas usaha keras dan kerjasama jentera Pakatan Rakyat dan sokongan serta undi dari rakyat yang memilih Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat, bukan Ahli Parlimen dari kalangan mereka yang mengelar diri mereka Bebas.




AHMAD AZRIZAL TAHIR


Ketua Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)


12 hb Feb 2010

Monday, February 1, 2010

Kenyataan akhbar berkaitan kenyataan ketua cabang keadilan Bayan Baru

ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan Ketua Cabang Baru-

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dengan terbuka telah mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng secara keras dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga kesal dengan kenyataan beliau yang secara jelas membelakangi semangat Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam Kongres Pakatan Rakyat yang diadakan pada bulan December 2009 lalu. Jelas kenyataan beliau mengundang persoalan berkaitan pendirian beliau selaku Ahli Parlimen yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.

Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mahu semua permasalahan yang berkaitan Pakatan Rakyat dihalusi dan dibincangkan secara muafakat melalui rundingan samada di peringkat cabang, negeri mahupun pusat. Pendedahan melalui media bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. UMNO dan Barisan Nasional akan mengambil kesempatan dan memutarbelitkan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Ditambah dengan usaha untuk mengelapkan berita berkaitan perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan kes-kes yang melibatkan salah urus kerajaan yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar beliau menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat). Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) juga mendesak agar pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat melakukan siasatan segera berhubung kenyataan beliau.


AHMAD AZRIZAL TAHIR

Ketua Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)

31 hb Jan 2010