Sdr Zulkarnain (Bendahari Ang Muda Bah)sedang membentangkan idea dan pandangan beliau
Sdr Amrin sedang membentangkan hasil perbincangan berkumpulan
Ziezullhakim- S/Usaha Bayan Baru sedang membbentangkan hasil perbincangan berkumpulan
Peserta sedang mentelaah nota seminar
Kelihatan Sdr Faisal Mustafa dan Dr Pimrapaat.
Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru telah berjaya menganjurkan Seminar Hak Asasi Manusia pada hari Sabtu bersamaan 14hb Feb 2009. Seminar yang disertai oleh 20 orang dari bahagian Bayan Baru telah memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan Hak Asasi di peringkat Antarabangsa dan di Malaysia itu sendiri.
Seminar yang dianjurkan oleh Yayasan Friedrich Naumann Jerman bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam 5.00pm. Antara fasilatator yang hadir ialah Dr Pimrapaat (Pengurus Progaram Yayasan Untuk Asia Tenggara), Sdr Cheah Kah Peng seorang peguam hak asasi dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Sdr Faisal Mustafa -Aktivis Hal Asasi Manusia dan bekas Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat.
Program-program berkaitan peningkatan ilmu akan terus diadakan untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada ahli Angkatan Muda di Bayan Baru khususnya. Ini untuk menjadikan pimpinan muda berfikiran luas dan dapat mengarap idea baru untuk kemajuan rakyat di Bayan Baru.
:)
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya menganjurkan Program yang sedemikian rupa dan harapan agar pada masa akan datang dapat di anjurkan secara terbuka untuk orang awam dan masyarakat umum. Syabas..!!!
ReplyDelete