Friday, February 6, 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat- Isu Perak - Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB LIM KIT SIANGKetua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)
YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISATimbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

No comments:

Post a Comment