Monday, October 4, 2010

Pemilihan 2010 Cabang Bayan Baru- Ucapan Ketua Angkatan Muda Bayan ra

Salam, selesai sudah pemilihan Cabang Bayan Baru. Pertama sekali kita panjatkan syukur pada Allah SWT kerana memberi kemudahan untuk kita selesaikan semua keperluan sebagai sebuah parti yang berdaftar di Malaysia.
Isyaallah , mohon dipermudahkan segala urusan untuk memantapkan parti dan menghadapi PRK ke 13.
Saudara dan saudari yang dihormati, saya menyeru agar semua dapat menyatu dan merapatkan kembali saf setelah selesai pemilihan. Buang apa yang menjadi hambatan dan halangan dalam menyatupadukan kekuatan di peringkat cabang. Saya percaya dan yakin kita dapat menjadi pasukan yang kuat untuk memastikan Parlimen Bayan Baru terus diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat dan 3 DUN dibawah Parlimen Bayan Baru- Batu Maung,Pantai Jerjak dan Batu Uban dipertahankan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Saudara dan saudari, ahli Parti Keadilan Rakyat , saya menyeru agar kita kembali menyorot Deklarasi Permatang Pauh untuk menajamkan dan memantapkan lagi kefahaman kita tentang erti perjuangan. Parti Keadilan Rakyat yang dulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional ditubuhkan hasil kesedaran dan jerih perih rakyat yang dahagakan keadilan dalam negara Malaysia tercinta. Tidak dinafikan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab tercetusnya gelombang reformasi dan mencipta sejarah tersendiri dengan terbentuknya gagasan ADIL seterusnya Parti didaftarkan serta terus melepasi onak duri politik di Malaysia.
Rakyat melihat akan Parti Keadilan Rakyat dan rakan dalam Pakatan Rakyat
merupakan alternatif terbaik selepas kegagalan Barisan Nasional dalam mengagihkan serta memastikan kekayaan negara diperolehi oleh rakyat terbanyak.
Saudara-saudari semua, sekali lagi saya menyeru agar kita rapatkan saf serta mempebaharui tekad dalam memperjuangkan semagat keadilan dalam menghadapi PRK ke 13.
Sekian.

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sessi 2010-2013

Monday, June 28, 2010

Pertandingan Futsal Pakatan Rakyat sempena Piala Dunia


Johan Pertandingan .....




Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru mengucapkan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Pengelola pertandingan Futsal Pakatan Rakyat sempena Piala Dunia. Pertandingan yang menyaksikan penyertaan 34 pasukan telah mendapat sambutan hangat. Kejayaan atas penganjuran pertandingan ini merupakan tanda sokongan anak muda kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tahniah kepada pasukan yang menyertai pertandingan ini.


Tahniah diucapkan juga kepada YB Sim ADUN Pantai Jerjak dan YB Abd Malik Kassim ADUN Batu Maung atas sumbangan dalam menjayakan pertandingan ini.


Pakatan Rakyat sedar keperluan anak muda dan kami telah mengatur beberapa siri program untuk mengisi keperluan anak muda di Pulau Pinang amnya dan Bayan Baru Khasnya.


Terus berikan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.





Ahmad Azrizal Tahir


Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru

Sidang media Angkatan Muda di Gelanggang Futsal Batu Maung


Sdr Amir sedang memberikan kenyataan media


Pimpinan yang hadir dalam sidang media



Chegu Bard sedang memberikan kenyataan media



Satu Sidang Media telah diadakan di Gelanggang Futsal Batu Maung pada 25 hb Jun 2010 jam 7.00pm. Sidang media tersebut telah dihadiri oleh Chegu Bard Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Sdr Amir Ghazali Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Pimpinan Keadilan Pulau Pinang, Pimpinan Keadilan Kedah dan pimpinan keadilan Bayan Baru berkenaan isu pengumuman tol jambatan kedua yang dianggap melampau dan Najib Tun Razak yang telah mengadai kedaulatan tanah Malaysia dengan menyerahkan kepada Singapura.

Friday, April 9, 2010

Kaunter Bergerak Angkatan Muda Keadilan Negeri dan AMK Bayan Baru







Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru telah membuka kaunter pendaftaran ahli baru , pengundi baru dan warga emas. Pasar Malam Bukit Gedong (Isnin) , Pasar Malam Sungai Tiram (Selasa) dan Sungai Ara (Jumaat).

Pasukan petugas diketuai oleh S/Usaha Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru Sdr Ziezulhakim. Beliau dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru Sdr Aidilfitri Ibrahim, Sdr Marzuki Ahmad dan Sdr Azhar Noordin. Sdr Zulkarnain mengendalikan bantuan dari segi logistik.

Jawatankuasa JKKK setempat turut membantu di kaunter berkenaan.

Mesyuarat Agung Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru akan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan Pada 11 hb April 2010 jam 8.30pm bertempat di Markas KeADILan Sungai Nibong (Rumah P'Salim). Disertakan Surat Panggilan Mesyuarat dan Peta Ke lokasi mesyuarat.



RUJUKAN KAMI : MATC/AMK/2009/01/10
RUJUKAN ANDA : NIL
TARIKH : 27 Mac 2010
_______________________________
_______________________________
_______________________________
KEPADA: AHLI ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU
Saudara/ Saudari:
Assalammukalaikum, salam sejahtera dan salam reformasi.

PER: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK CABANG BAYAN BARU BAGI TAHUN 2009
Menemui saudara-saudari ahli Parti , semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat
juang yang tinggi. Notis yang dikeluarkan pada 13hb Mar 2010 menyatakan mesyuarat akan diadakan pada
tarikh 27 Mar 2010 telah dibatalkan atas sebab masalah teknikal. Notis ini merujuk kepada tarikh dan masa
mesyuarat agung yang yang baru.

2. Merujuk kepada perkara diatas, MATC AMK Bayan Baru akan diadakan seperti berikut
Tarikh : 11 Apr 2010
Masa : 8.30 ptg – 10.30 mlm
Tempat : Markas Keadilan Sungai Nibong – Rumah Pak Salim (Rujuk Lampiran)

3. Agenda Mesyuarat:
i. Ucapan Aluan Dari Pengerusi
ii. Ucapan Ketua Angkatan Muda Cabang
iii. Ucapan Perasmian
iv. Membentang dan mengesahkan Minit MATC AMK yang lalu
v. Membentang dan mengesahkan Penyata Tahunan Cabang
vi. Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-kira berakhir 31 Dec 2008
vii. Memilih perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan
viii. Membahas Usul (Jika Ada)
ix. Ucapan Penangguhan
Sekian Harap Maklum
Yang menjalankan tugas,

………………tt……………………
Ziezull Hakim bin Zainol
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru.

Salinan: 1. Setiausaha AMK Malaysia 2. Setiausaha Angkatan Muda Negeri


LOKASI TEMPAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU – MARKAS KEADILAN SUNGAI NIBONG


Friday, March 5, 2010

DEBAT PERDANA 2010

GPMS sahkan akan hadir Debat Perdana Rakyat

GPMS sahkan akan hadir Debat Perdana Rakyat 2010 di Pulau Pinang. Perkara ini disahkan melalui telefon oleh setiausaha GPMS kepada Ahmad Azrizal Tahir, Naib Ketua 1 AMK P.Pinang yang juga Ketua AMK Cabang Bayan Baru.

Semalam AMK P.Pinang dan SAMM bersama Chegu Bard menghantar surat jemputan kepada Najib, Khairy dan Reezal Merican di Bangunan UMNO di PWTC supaya hadir ke Debat tersebut.

Manakala AMK P.Pinang, Pemuda Pas P.Pinang dan Pemuda DAP telah membuat sidang media di Bangunan UMNO di Jalan Macalister, P.Pinang.

Adakah Pemuda UMNO P.Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu P.Pinang akan mengikuti jejak langkah GPMS?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Saturday, February 13, 2010

Kenyataan Media Pengerusi Parti Keadilan Pulau Pinang YB Mansor Othman isu Zahrain



KENYATAAN MEDIA
Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) NEGERI PULAU PINANG

Selepas kritikan yang tidak berasas kepada Ketua Umum parti iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, kita memang menjangka Dato Seri Zahrain akan keluar dari parti.

Justeru keputusan ini tidak sesekali mengejutkan kita walaupun kita kesal dengan kenyataan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Dato Seri Zahrain.

Sebenarnya cabang beliau sendiri telah menghantar surat untuk berjumpa dengan beliau tetapi beliau tidak berani bersemuka dengan anggota-anggota cabangnya sendiri. Ini bermakna beliau tidak mempunyai pengikut di cabang beliau sendiri.

Malah cabangnya sendiri bercadang untuk membuat undi tidak percaya kepada beliau. Ini sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai pengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang malah di cabangnya juga.

Dato Seri Zahrain sekarang bebas untuk membuat kritikan kepada Pakatan Rakyat kerana beliau tidak lagi terikat dengan permuafakatan Pakatan Rakyat namun Dato Seri Zahrain mesti ingat bahawa ahli-ahli parti juga kini bebas membuat kritikan kepada beliau tanpa sebarang sekatan.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
12 FEBRUARI 2010

Kenyatan media Ketua AMK Bayan Baru berikutan perletakkan jawatan DS Zahrain


Merujuk kepada pengumuman keluar parti Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Bayan Baru -

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) memandang pengumuman keluar parti oleh Dato' Seri Zahrain Hashim sebagai tindakan yang memang telah dijangka. AMK Bayan Baru melihat ini sebagai proses pembersihan di dalam Parti Keadilan Rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) melihat keengganan beliau untuk bersama dalam merealisasikan kesepakatan yang dicapai dalam konvesyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada penghujung tahun 2009 tanda jelas beliau akan berpaling dari landasan perjuangan yang menjadikan agenda membela rakyat sebagai nawaitu utama, bukan agenda mengambil kesempatan dan bersikap oputunis. Tindakan beliau yang secara terus menggunakan saluran media serta secara terbuka mengkritik YAB Lim Guan Eng dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat DS Anwar Ibrahim takkala negara dibayangi dengan kes fitnah liwat siri 2 menampakkan ada kepentingan terselindung cuba disenandungkan oleh beliau.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.

Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) menegaskan yang kami tidak akan terbuai dengan falsafah perjuangan tanpa prinsip dan akan terus ke depan dalam memperjuangkan nasib masyarakat teramai. Perjuangan bermaruah akan terus dijunjung untuk memastikan rakyat Pulau Pinang dan Bayan Baru khususnya terus maju dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat.


Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar Dato' Seri Zahrain agar melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kerana kemenangan beliau adalah diatas usaha keras dan kerjasama jentera Pakatan Rakyat dan sokongan serta undi dari rakyat yang memilih Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat, bukan Ahli Parlimen dari kalangan mereka yang mengelar diri mereka Bebas.




AHMAD AZRIZAL TAHIR


Ketua Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)


12 hb Feb 2010

Monday, February 1, 2010

Kenyataan akhbar berkaitan kenyataan ketua cabang keadilan Bayan Baru

ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan Ketua Cabang Baru-

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dengan terbuka telah mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng secara keras dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga kesal dengan kenyataan beliau yang secara jelas membelakangi semangat Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam Kongres Pakatan Rakyat yang diadakan pada bulan December 2009 lalu. Jelas kenyataan beliau mengundang persoalan berkaitan pendirian beliau selaku Ahli Parlimen yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.

Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mahu semua permasalahan yang berkaitan Pakatan Rakyat dihalusi dan dibincangkan secara muafakat melalui rundingan samada di peringkat cabang, negeri mahupun pusat. Pendedahan melalui media bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. UMNO dan Barisan Nasional akan mengambil kesempatan dan memutarbelitkan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Ditambah dengan usaha untuk mengelapkan berita berkaitan perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan kes-kes yang melibatkan salah urus kerajaan yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar beliau menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat). Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) juga mendesak agar pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat melakukan siasatan segera berhubung kenyataan beliau.


AHMAD AZRIZAL TAHIR

Ketua Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)

31 hb Jan 2010