Thursday, February 19, 2009

Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang menjalani pembedahan- malaysiakini



Seluruh jawatankuasa Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru mengucapkan selamat beristirehat dan semoga cepat sembuh kepada Dato Zahrain Mohd Hashim yang merupakan Ketua Bahagian Bayan Baru dan Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang.

Beliau telah menjalani pembedahan tulang belakang pada hari Khamis lalu di Hospital Universiti.

Wednesday, February 18, 2009

Setelah Perak dan Selangor- Pulau Pinang sedang dalam bahaya - Malaysiakini




AMARAN & PERHATIAN :


Buat wakil-wakil rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Terutamanya dari PKR..!!!Selepas Adun-Adun di Perak, Kedah dan Selangor diserang oleh agen-agen BN, dipercayai Adun-Adun dan MP Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pula akan digempur oleh mereka.
Akhbar berbahasa Cina – Kwong Wah Yit Poh, Guang Ming Daily, China Press dan Oriental Daily melaporkan terdapat khabar angin yang telah disebarkan "someone is out to finish off Lim" -the star online 17/2/09
Dipercayai juga pihak BN telah menghantar agen-agen 'pemujuk wakil rakyat' mereka untuk berjumpa dengan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti dengan ditawarkan imbuhan puluhan juta ringgit.
Walaupun BN sedar, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak akan tumbang jika 2-3 orang wakil rakyat melompat keluar, tujuan mereka ialah untuk menghilangkan kepercayaan rakyat Pulau Pinang pada pilihanraya yang akan datang.
Malah, diyakini bahawa mereka akan cuba membuat wakil-wakil rakyat PR tidak mempercayai sesama sendiri, ada rasa curiga sesama mereka dengan fitnah yang akan mereka buat.
Para pemimpin PR haruslah sedar, BN boleh mencipta kesalahan wakil rakyat PR dengan membeli rakan-rakan rapat, seperti yang berlaku kepada YB Elizabeth Wong.

PESANAN PENTING : Buat Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang harus berhati-hati jika ada rakan-rakan atau kenalan anda yang ingin berjumpa di tempat yang 'privacy' secara berseorangan kerana anda mungkin diperangkap dengan helah mereka. Dari sumber juga ada ejen merapati wakil rakyat mahupun Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah di cicirkan dari kabinet PKR Negeri...ataupun ADUN yang mempunyai masalah sekarang ini...Sumber juga mengatakan imbuhan puluhan juta telah ditawarkan...AWAS Semua..Berhati-hati..!!!

Majlis Dialog MTUC - Malaysiakini


Kelihatan Syed Shahir sedang memberikan ucapan dan YB Abd Malik disebelah kiri beliau.




Peserta sedang mendengar ucapan dan ulasan dari wakil MTUC





Antara Peserta yang hadir dalam majlis dialog tersebut.

Pada hari Jumaat - 14 hb Feb Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru dan Pusat Khidmat YB Abd Malik Kassim 'ADUN Batu Maung' telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil pekerja dari beberapa syarikat elektronik sekitar Bayan Lepas bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Maung di Kampung Naran . Perjumpaan yang dihadiri lebih dari 30 orang wakil dari beberapa syarikat terkemuka yang beroperasi di kawasan FTZ Bayan Lepas ini lebih kepada sessi dialog yang memperkatakan tentang isu pembuangan pekerja akibat masalah ekonomi dunia. Program yang bermula pada jam 5.30pm mengetengahkan YB Abd Malik Kassim selaku ADUN Batu Maung dan Exco Perdagangan / Hal Ehwal Pengguna , Syed Shahir Mahamod 'Presiden MTUC Pusat' ,Sdr Abd Razak 'Pengerusi MTUC Pulau Pinang', Sdr Veeriyah 'S/usaha MTUC Pulau Pinang dan Sdr Ahmad Azrizal Tahir Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru.

Kerajaan negeri melalui YB Abdul Malek memberikan kominment untuk membantu warga kilang yang menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan setelah diberhentikan melalui VSS, atau VHS. Syarat untuk memulakan perniagaan akan dipermudahkan untuk membantu golongan yang diberhentikan untuk mencari nafkah yang halal, manakala kerajaan negeri juga telah berbincang dan mendapat kerjasama baik dari sektor industri agar kilang di Pulau Pinang dapat meminimakan pembuangan pekerja dan melakukan pengurangan kos melalui cara lain.

Manakala Syed Shahir memaklumkan yang MTUC sedang memantau dengan dekaat masalah ini dan memberi amaran kepada syarikat-syarikat yang ada agar tidak mengambil peluang akibat dari kegawatan ekonomi dunia dengan membuang pekerja sesuka hati dan melakukan pemotongan gaji yang tidak munasabah. Peraturan dan undang-undang pemburuhan harus dipatuhi menurut beliau lagi.

Para peserta mencadangkan agar program dialog ini diadakan secara lebih kerap dan berskala besar untuk memberi maklumat kepada mereka yang telah diberhentikan atau yang akan diberhentikan

Monday, February 16, 2009

Seminar tertutup- Hak Asasi Manusia Ang Muda Bayan Baru - Malaysiakini


Sdr Zulkarnain (Bendahari Ang Muda Bah)sedang membentangkan idea dan pandangan beliau


Sdr Amrin sedang membentangkan hasil perbincangan berkumpulan



Ziezullhakim- S/Usaha Bayan Baru sedang membbentangkan hasil perbincangan berkumpulan


Peserta sedang mentelaah nota seminar




Kelihatan Sdr Faisal Mustafa dan Dr Pimrapaat.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru telah berjaya menganjurkan Seminar Hak Asasi Manusia pada hari Sabtu bersamaan 14hb Feb 2009. Seminar yang disertai oleh 20 orang dari bahagian Bayan Baru telah memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan Hak Asasi di peringkat Antarabangsa dan di Malaysia itu sendiri.

Seminar yang dianjurkan oleh Yayasan Friedrich Naumann Jerman bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam 5.00pm. Antara fasilatator yang hadir ialah Dr Pimrapaat (Pengurus Progaram Yayasan Untuk Asia Tenggara), Sdr Cheah Kah Peng seorang peguam hak asasi dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Sdr Faisal Mustafa -Aktivis Hal Asasi Manusia dan bekas Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat.

Program-program berkaitan peningkatan ilmu akan terus diadakan untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada ahli Angkatan Muda di Bayan Baru khususnya. Ini untuk menjadikan pimpinan muda berfikiran luas dan dapat mengarap idea baru untuk kemajuan rakyat di Bayan Baru.

Thursday, February 12, 2009

SESSI DIALOG BERSAMA PRESIDEN MTUC- Malaysiakini

Angkatan Muda Bayan Baru dengan kerjasama MTUC Malaysia Union Trades Congress dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Maung (YB Abdul Malik Kassim) akan mengadakan sessi dialog bersama pekerja sektor industri yang telah diberhentikan kerja atau akan diberhentikan kerja akibat dari kegawatan ekonomi dunia. Sessi dialog ini terbuka kepada semua yang berminat dan akan diadakan seperti maklumat dibawah-
Program : Sessi Dialog bersama MTUC
Tajuk : Pemberhentian kerja serta kesannya- Apa yang patut kita tahu
Ahli Panel :
1.Syed Shahir bin Syed Mohamud President MTUC Pusat
2.Abd Razak bin Abd Hamid Pengerusi MTUC Pulau Pinang
3.M.K. Veriah Setiausaha MTUC Pulau Pinang
4.YB Abd Malik Kassim Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang / ADUN Batu Maung
5.Ahmad Azrizal Tahir - Ketua Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bayan Baru
Tarikh : 13 Feb 2009 - Jumaat
Masa : 5.00pm - 7.00pm
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Batu Maung-
Berhampiran OCBC Bank Batu Maung.

Siapa yang patut hadir: Mereka yang telah diberhentikan, yang akan diberhentikan dan berkeinginan untuk berkongsi pandangan serta idea.

Wednesday, February 11, 2009

Majlis Penerangan isu Perak - Malaysiakini


Antara hadirin yang hadir


YB Sim ADUN Pantai Jerjak turut hadir



Ust Siddiq Noor dari Dewan Ulama PAS Perak


Chekgu Bard sedang menyampaikan ucapan



Ketua Angkatan Muda KeaDILan Bayan Baru- Azrizal Tahir

Hujung minggu lepas agak memeranjatkan apabila lebih 2000 orang dari perbagai kaum datang menghadiri Majlis Penerangan Isu Perak yang di anjurkan oleh Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru. Majlis yang sepatutnya diadakan di sebuah padang terpaksa dialihkan ke kawasan hadapan rumah kerana permit telah ditarik saat akhir kononya kerana wujud arahan khas dari Bukit Aman meminta semua ceramah khususnya berkaitan PAKATAN harus jangan dibenarkan selama 2 minggu.Namun setelah berbincang ceramah di teruskan namun dialihkan ke sebuah rumah. Tahniah buat Angkatan Muda Bayan Baru di bawah Saudara Azrizal Tahir bersama pasukan anak mudanya yang begitu cekap sekali dan tahniah juga kepada Hj. Malek, tuan rumah yang begitu berani membenarkan rumahnya digunakan dalam keadaan PDRM memberikan tekanan.Majlis dimulakan oleh Azrizal Tahir, di ikuti Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Malek(yang hanya berucap ringkas kerana bergegeas untuk menghadiri sebuah majlis di kawasanya), YB Sim (ADUN kawasan tersebut Pantai Jerejak) dan kemudian pula Ust. Siddiq Noor dari Dewan Ulama Pas Negeri Perak sebelum malam itu che'GuBard diberikan masa sejam untuk menerangkan kepada hadiri isu politik terkini.
Isu di Perak ini sedang dipergunakan oleh Bn untuk mengelirukan rakyat. Majlis penerangan akan diteruskan. Mohon semua 'ranting' parti menganjurkan sesi penerangan kecil dan besar demi mengelakan rakyat terkeliru.

Friday, February 6, 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat- Isu Perak - Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB LIM KIT SIANGKetua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)
YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISATimbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Wednesday, February 4, 2009

CERAMAH TERKINI- PARLIMEN BAYAN BARU


YB Ustad Dr Mujahid Yusoff Rawa



YB Dato Zahrain Mohd Hashim



Cikgu Badrul Hisham Shaharin

ISU PANAS PERAK!!!!

PENCERAMAH:
1) CIKGU BARD (AHLI MPT PKR)

2) YB DR. MUJAHID RAWA ( AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR )

3) YB DATO ZAHRAIN HASHIM ( AHLI PARLIMEN BAYAN BARU)

4) TB SIM TZE TZIN ( ADUN PANTAI JEREJAK )

5) SDR AZRIZAL TAHIR ( KETUA AMK BAYAN BARU )

PADA : AHAD 8 FEB 2009

JAM: 9 MALAM

BERTEMPAT DI SG NIBONG TENGAH,BAYAN BARU -Berhampiran Sunshine Square
datang beramai-ramai

TERKINI-

DARI SUMBER ...MENTERI BESAR PERAK MASIH MENANTI PERKENAN TUANKU SULTAN UNTUK MEMBUBARKAN DUN NEGERI PERAK SUPAYA DAPAT DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI...KEPUTUSAN AKAN DIKETAHUI NANTI....

Sorry la beb sudah over excited......minta maap bebanyak

SAH DEWAN UNDANGAN PERAK BUBAR - Malaysiakini

Dengan ini diSAHkan bahawa Dewan Undangan Negeri Perak telah SAH dibubarkan oleh Menteri Besar Perak (sekarang bekas Menteri Besar) dan Pilihanraya Negeri Perak akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh 60 hari dari sekarang...Rakyat Perak harap bersedia untuk Pilihanraya Negeri. para jentera semua parti yang terlibat baik BN mahupun PR diharap dapat menyuburkan erti demokrasi didalam menjalankan tugas masing-masing...
Takbir...!!!