Sunday, March 29, 2009

Terkini - Malam penamaan calon DUN Bukit Selambau



Bukit Selambau- Bilik Operasi Utama- Hampir 50 orang petugas masih sibuk membuat persiapan akhir di bilik gerakan utama di Padang Lalang ketika krew dari Angkatan Muda KeADILan Bayan Baru diketuai Sdr Rizal (Ketua AMK Bayan Baru) tiba untuk melapor diri untuk bertugas. Ramai dari kalangan petugas masih berada di pos-pos yang didirikan di sekitar N25 DUN Bukit Selambau. Turut kelihatan pos-pos BN yang gah berdiri tapi tanpa penghuni.
Sdr Saiful Izham (Pengarah Pilihanraya DUN) dan Sdr Azman Nasarudin Tim Ketua Angkatan Muda Kedah menyambut rombongan pertama yang sampai disertai oleh Rizal (Ketua AMK Bah Bayan Baru), Sdr Zulfadli Md Noordin (Tim Ketua AMK Bah) , Sdr Ziezullhakim (S/Usaha AMK Bah Bayan Baru), Sdr Zulkarnain (Bendahari AMK Bahagian) Sdr Yusof dan Sdr Noor Izzar (Naib 1 dan 2 AMK Bah Bayan Baru). Rombongan kami turut disertai Sdr Zulkifli Ibrahim Exco Angkatan Muda Pusat dan Sdr Rizal Abd Hamid Tim Kt AMK Nibong Tebal Rombongan kami diberi amanat untuk mengawasi pusat operasi media dan bilik gerakan utama yang terletak di Sungai Lalang bersama jentera AMK Kedah.
Dijangka seramai hampir 70 orang jentera tambahan dari Bayan Baru akan tiba pada pagi penamaan calon dan akan bertugas di JDM Bukit Lembu.

Wednesday, March 25, 2009

Kenyataan Media Peng KeADILan Kedah Isu Bukit Selambau - Malaysiakini



Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah sikap zalimnya sepertimana yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam (23 Mac).

Demikian dikatakan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Kassim mengenai tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.

"Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah."

Ahli parlimen Kuala Kedah itu dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.

"Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai? Ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?"

Ahmad juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.

"Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihan raya kecil Bukit Selambau."

"Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah." (tamat)

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuesday, March 3, 2009

KJ Mengempalai Budaya Samseng - malaysiakini

Minggu lepas kawasan keselamatan Parlimen Malaysia telah dicemar oleh pemuda Umno Selangor yang menerobos masuk ke dalam dan dengan sombong berkelakuan samseng mengepung YB Karpal Singh dan kemudian hendak bertumbuk bila cuba dileraikan.Pasukan samseng yang diketuai oleh anak Omar Din iaitu Megat Zulkarnain Omar Din dengan begitu sombong mengepung Karpal yang tidak mampu bangun tetapi hanya duduk dikerusi roda.Peristiwa ini kononya ekoran kenyataan Karpal yang mengatakan "PEMUDA UMNO CELAKA". CheGuBard juga tidak setuju dengan kenyataan Karpal tersebut namun tindakan samseng lebih lagi di parlimen itu amat memalukan.Ini zaman maju pertempuran harus berdasarkan debat, idea (otak dan pemikiran) bukan lagi zaman rimba yang orang bertarung menggunakan siapa kuat dia raja. Jika tindakan kumpulan pemuda 'ganas' itu direstui oleh Pemuda Umno Nasional maka kita mampu memikirkan tahap minda mereka. Tindakan ganas itu bukan kerana tekanan, pemuda Umno tidak tertekan lagi, mereka masih boleh bermewah menggunakan jentera kerajaan, kenyataan karpal boleh dijawab sewenang wenangnya di media yang ditungggangi.Amat menarik kata 'pengganas' pemuda Umno di parlimen yang mengatakan Pemuda Umno pantang dicabar ? Sanggup membela bangsa, agama dan raja - raja Melayu....Kepada anak Omardin (dan kuncu-kuncu), cheGuBard cabar
bangkitkan pemuda Umno sesamseng mungkin membela Bahasa Melayu yang semakin menjadi bahasa pasar.... gerakkan seramai mungkin 'anak buahmu' (jika ada) untuk turun sama berdemontrasi pada 7 Mac bersama pejuang bahasa yang lain...takkan nak hujah demonstrasi bukan budaya kita lagi...
pergi kepung Dr. Mahathir yang pernah menyumbang jasa menghina dan meruntuhkan kedaulatan serta kekebalan Raja - Raja Melayu...
bab agama ini pergi tanya Khairy Jamaluddin apa isterinya Nori buat dengan pertubuhan IFC (melalui sister in Islam) yang kemudian Khairy pula berpura jadi hero agama, bangsa dan negara
pergi kepung dan tanya Khir Toyo berapa banyak tanah rezab Melayu yang di gadainya tak berganti dan minta dia bertanggung jawab kerana pencerobohan tanah, perobohan surau, merobohkan rumah Melayu demi memenuhi hasrat tauke yang majoritinya kebetulan bukan Melayu....
Tahu jawapanya...pasti kamu tidak berani .....Maka kamu tindakan kamu hanya mengundang ketawa...Paling dikesali ialah pasukan keselamatan parlimen dan polis. Hari ini kononya Polis mengeluarkan kenyataan bahawa tak boleh masuk parlimen tanpa dipanggil. Bagaimana dengan kejadian ketika secara aman memorandum BERSIH hendak dihantar ? dan bagaimana ketika Parlimen membenarkan kumpulan berbasikan memasuki dewan serbaguna tetapi polis halang, ketika penutup Rakyat Pengayuh Perubahan ?Sebenarnya apa yang terjadi ialah semua ini merupakan tunjuk kekuatan oleh YB Khairy Jamaluddin menjelang pemilhan Pemuda Umno. Dia kemudian membawa masuk pemuda walaupun tanpa tali leher dan memenuhi kod pakaian tetap lepas masuk untuk membuat sidang media bersamanya.

Dari chekgubard